Bulan Ramadan dah hampir tiba! Mesti ramai yang dah mula plan menu berbuka dan sahur, kan? Tahun ni, apa kata kita cuba sesuatu yang lebih sihat dan segar dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan? Bukan sahaja menyelerakan, malah membantu kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Semoga setiap amalan dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diterima dan beroleh redha-Nya.

Berikut adalah beberapa idea menu berbuka dan sahur yang mudah, sedap, dan pastinya berkhasiat!
Idea Berbuka Puasa Berasaskan Tumbuhan.
1. Air Infused Herba dan Buah.
Tak lengkap rasanya berbuka tanpa minuman yang menyegarkan. Cuba gabungan daun pudina, serai, lemon, dan timun untuk rasa yang menenangkan selepas seharian berpuasa. Nak lebih bertenaga? Cuba Air Nabeez (infused kurma) yang kaya dengan nutrisi dan tenaga berpanjangan!
๐ Nak cuba buat sendiri? Hanya rendamkan kurma yang sudah dibuang biji dalam air panas semalaman (min 6 jam). Pastikan bekas bertutup supaya tiada bendasing masuk. Mudah sahaja tapi sangat bagus. Kismis hitam pun boleh buat begitu untuk ikhtiar masalah anemia.
๐ Boleh dapatkan pelbagai jenis kurma di sini.
2. Bubur Lambuk Herba.
Kalau rindu rasa bubur lambuk, kali ni kita naikkan taraf dengan tambahan daun pegaga atau daun kesum yang tinggi nutrisi! Sedikit halba pula membantu pencernaan selepas seharian berpuasa.
๐ Lihat resipi pelbagai jenis Bubur Lambuk di sini.
3. Kerabu Segar.
Gabungan ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, dan daun selom dengan perahan limau nipis—memang padu! Nak tambah protein? Cuba tempeh panggang, alternatif sihat untuk menggantikan lauk berdaging.
๐ Dapatkan Kerepek Tempe siap goreng disini atau yang belum digoreng disini.
4. Sup Sayuran Berempah.
Sup lobak putih, lobak merah, dan kentang dengan tambahan kunyit segar memang sesuai untuk memanaskan badan selepas berbuka. Rempah seperti halia dan lengkuas pula membantu penghadaman.

Idea Sahur Berasaskan Tumbuhan.
1. Smoothie Hijau Tenaga.
Mulakan sahur dengan smoothie hijau yang menyegarkan! Campuran pisang, daun selasih, bayam, dan chia seed untuk tenaga sepanjang hari.
2. Roti Wholegrain dengan Sapuan Herba.
Untuk yang nak sesuatu yang ringkas dan mengenyangkan, roti wholegrain dengan sapuan avokado, daun ketumbar, dan bawang putih memang terbaik. Tambah hirisan timun untuk hidrasi tambahan!
3. Overnight Oats dengan Madu dan Buah.
Ia mudah disediakan, menyelerakan dan tidak memerlukan memasak, menjadikannya pilihan sahur yang cepat dan menyihatkan. Resipi ringkas penyediaannya
๐ธBahan-bahan:
- ½ cawan organic rolled oat
- 1 sudu besar chia seed (optional)
- 1 cawan susu tumbuhan (ssusu badam tanpa pemanis, susu soya, atau santan kelapa)
- 2 biji kurma (dihiris halus)
- ½ sudu teh serbuk kayu manis Ceylon
- 1 sudu teh madu (pilihan)
- Buah-buahan segar seperti pisang atau beri
๐ธCara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan ke dalam balang atau bekas bertutup.
2. Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Keesokan harinya, hidangkan dengan topping buah segar.
4. Nasi Perang dengan Lauk Sayuran & Tempeh
Untuk yang nak lebih kenyang, cuba nasi perang (brown rice) dengan sayur tumis kunyit hidup, lada hitam, dan halia. Tambahkan tempeh atau tauhu sebagai sumber protein.
Selamat Berpuasa dengan Pemakanan Sihat!
Dengan memilih bahan berasaskan tumbuhan, kita bukan sahaja dapat menikmati makanan yang sihat tetapi juga memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Selamat mencuba dan semoga Ramadan kali ini lebih bermakna!
Adakah anda mempunyai resipi berbuka atau sahur kegemaran yang menggunakan herba dan tumbuhan? Kongsikan di ruangan komen!
๐ Jangan lupa untuk ikuti blog ini untuk lebih banyak idea menu sihat sepanjang Ramadan!
Ulasan