Dalam sistem perubatan Ayurveda dan Cina, tumbuhan ini sering dikaitkan dengan manfaat kesihatan otak, penyembuhan luka, dan kecantikan kulit.
Pengenalan Centella Asiatica.
Pegaga adalah tumbuhan menjalar yang sering ditemui di kawasan lembap seperti tepi sawah, pinggir sungai, dan hutan hujan tropika. Ia mempunyai daun berbentuk hampir bulat dengan tepi sedikit bergerigi. Tumbuhan ini dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia seperti Gotu Kola (India) dan Tiger Herb (China), kerana dipercayai harimau menggosokkan badan mereka pada pegaga untuk mempercepat penyembuhan luka.
Jenis Pegaga di Pasaran Malaysia.
1. Pegaga Kampung (Centella asiatica)
- Nama botani: Centella asiatica
- Keluarga: Apiaceae
- Ciri-ciri:
- Kegunaan:
![]() |
Pegaga Salad dan Pegaga Kampung |
- Nama botani: Centella asiatica (variasi berdaun kerinting)
- Keluarga: Apiaceae
- Ciri-ciri:
- Kegunaan:
![]() |
Pegaga Nyonya, Pegaga Kampung dan Pegaga Air |
3. Pegaga Air / Pegaga Bulat (Hydrocotyle spp.)
- Nama botani: Hydrocotyle vulgaris atau Hydrocotyle bonariensis.
- Keluarga: Araliaceae
- Ciri-ciri:
- Kegunaan:
4. Pegaga Gajah (Hydrocotyle javanica).
- Nama botani: Hydrocotyle javanica.
- Keluarga: Araliaceae
- Ciri-ciri:
- Kegunaan:
5. Pegaga Renek / Pegaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides).
- Nama botani: Hydrocotyle sibthorpioides.
- Keluarga: Araliaceae
- Ciri-ciri:
- Kegunaan:
6. Pegaga Brunei / Pegaga Rimba (Spesies belum dikenalpasti)
- Nama botani: Tidak banyak rujukan saintifik, tetapi dipercayai dari genus Centella atau Hydrocotyle.
- Keluarga: Araliaceae/ Apiaceae
- Ciri-ciri:
- Kegunaan:
![]() |
Perbezaan permukaan atas daun. |
![]() |
Perbezaan permukaan bawah daun. |
Manfaat Centella Asiatica.
1. Menyokong Kesihatan Otak.
- Dalam perubatan Ayurveda, pegaga sering digunakan untuk meningkatkan daya ingatan, fungsi kognitif dan membantu dalam rawatan penyakit seperti Alzheimer.
2. Meningkatkan Kesihatan Kulit.
- Mengandungi sebatian seperti triterpenoid yang membantu dalam penghasilan kolagen, menjadikannya bahan utama dalam produk penjagaan kulit untuk mengurangkan parut dan penuaan.
3. Membantu Penyembuhan Luka.
- Ekstrak pegaga sering digunakan dalam krim penyembuhan kerana sifat anti-radang dan antibakterianya.
4. Mengurangkan Stres dan Kebimbangan.
- Teh pegaga sering diminum untuk membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan. Ia dikategorikan sebagai herba adaptogen.
5. Menyokong Kesihatan Jantung.
- Kajian menunjukkan pegaga boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Cara Menanam & Menjaga Centella Asiatica
Centella asiatica adalah tumbuhan yang mudah dijaga, sesuai untuk ditanam di dalam pasu atau sebagai tanaman penutup tanah (groundcover).
- Cahaya : Bertahan dalam keadaan separa teduh hingga matahari penuh.
- Tanah : Subur dan lembap, tetapi tidak bertakung air.
- Penyiraman : Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah.
- Pembiakan : Mudah dibiakkan melalui keratan akar atau biji benih.
Penggunaan Centella Asiatica Sebagai Makanan.
Di Malaysia, pegaga masih boleh didapati di pasaraya tertentu atau pasar tani area luar bandar. Ia kaya dengan antioksidan dan membantu dalam proses detoksifikasi badan.
- Bentuk segar – sering digunakan dalam ulam-ulaman, kerabu, dan jus kesihatan.
- Masakan popular – Seperti masak lemak pegaga.
- Produk hiliran – Contohnya, pegaga crispy (pegaga goreng rangup), tetapi fungsi perubatannya tidak sebaik pegaga segar.
Produk BerasaskanCentella Asiatica.
Ekstrak Centella asiatica kini digunakan secara meluas dalam:
Produk penjagaan kulit.
- Ampoule - Ex : SKIN 1004 - Madagascar Centella Ampoule
- Masker - Ex : Beauty of Joseon - Centella Asiatica Calming Mask
- Serum - Ex : BIOAQUA - Centella Asiatica Soothing Repair Serum
- Pencuci Muka - Ex : Glad2Glow - Centella Salicylic Acid Acne Gel Cleanser
Minuman dan makanan seperti teh, jus detoks dan suplemen kesihatan.
- Serbuk teh uncang - Ex : LA'Merly Organic 100% Centella asiatica
- Kapsul - Ex : Nature's Way - Gotu Kola Herb 100 Vegan Capsules
- Pati Kordial - Ex : Surimas - Jus Pegaga Botani
- Supplement - Ex : Pegaga by PurelyB
Perbandingan dengan Bacopa Monnieri.
Walaupun Centella asiatica dan Bacopa monnieri sering dikaitkan dengan manfaat kognitif, terdapat beberapa perbezaan utama:
- Bacopa monnieri lebih dikenali sebagai "Brahmi sejati" dalam Ayurveda.
- Centella asiatica juga dipanggil "Brahmi" di beberapa negara Asia.
- Berbeza dari segi habitat, morfologi, dan penggunaannya dalam perubatan tradisional.
π Bacaan lanjut mengenai perbezaan dua tumbuhan ini dikongsikan di sini.
Akhir kata, Centella asiatica bukan sekadar tumbuhan liar yang menutup tanah, tetapi herba bernilai tinggi dengan pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan. Dengan penjagaan yang mudah, ia sesuai ditanam di rumah dan boleh dimanfaatkan dalam diet harian atau digunakan dalam bentuk suplemen dan produk penjagaan diri.
πΏ Mulakan amalan sihat dengan pegaga hari ini!
Ulasan