Phanera kockiana: Pilihan Cantik untuk Pagaran Landskap Anda.

Phanera kockiana
, atau lebih dikenali sebagai Red Butterfly Vine, adalah tanaman hias dari keluarga FABACEAE (Leguminosae) yang menawan dengan bunga merah yang mencuri perhatian serta daun berbentuk unik. Sebelum ini, ia dikelaskan di bawah spesies Bauhinia dengan nama botani Bauhinia coccinea, namun telah dikategorikan semula sebagai pecahan spesies di bawah genus Phanera.

Tanaman ini berasal dari kawasan tropika dan subtropika, menjadikannya sangat sesuai untuk iklim Malaysia. Selain kecantikannya, ia juga terkenal sebagai tanaman pagaran atau hedges yang tahan lasak. Contoh penggunaanya di dalam landskap boleh dilihat di area Shaftbury, Cyberjaya dan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam.

Di Malaysia, pohon ini turut menghasilkan buah dan biji benih, tetapi kadar percambahan bijinya sangat rendah dan memerlukan teknik khas. Oleh itu, anak pokok Phanera kockiana lebih mudah didapati dalam bentuk polibeg di nurseri tanaman hias tempatan (Direktori Nurseri). Ia turut dikenali dengan nama tempatan seperti Kock's Bauhinia, Climbing Bauhinia, dan Red Trailing Bauhinia. Anak pokok bunga cantik ini juga boleh didapatkan secara dalam talian contohnya di sini.

Keunikan Phanera kockiana

  • Bunga : Bunga Phanera kockiana berwarna merah terang dengan bentuk menyerupai sayap rama-rama. Warna ini bukan sahaja menonjol, malah menarik serangga pendebunga seperti lebah dan rama-rama.
  • Daun: Daun muda dan tua berbeza ton warna memberikan daya tarikan unik pada landskap.
  • Tahan Lasak: Tanaman ini mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis tanah dan cuaca, menjadikannya pilihan ideal untuk landskap tropika.
Daun Phanera kockiana

Mengapa Phanera kockiana untuk Pagaran?

1. Estetik Menawan:

 Dengan bunga merah terang yang mekar sepanjang musim, Phanera kockiana memberikan sentuhan warna yang menarik pada taman atau kawasan landskap.

2. Privasi dan Struktur:

Tumbuhannya yang rimbun sangat sesuai untuk dijadikan pagaran atau hedges, memberikan privasi kepada pemilik rumah.

3. Mudah Dibentuk:

Tumbuhan ini boleh dipangkas dan dibentuk mengikut reka bentuk yang diinginkan, sama ada lurus, melengkung, atau berpola.

Pucuk muda Phanera kockiana juga memberi warna

Langkah Penjagaan Phanera kockiana.

1. Pencahayaan:

Tanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh untuk memastikan pertumbuhan yang optimum.

2. Penyiraman:

Siram tanaman secara berkala, terutamanya semasa musim kering. Pastikan tanah tidak terlalu basah untuk mengelakkan akar reput.

3. Pemangkasan:

Lakukan pemangkasan secara berkala untuk mengekalkan bentuk dan merangsang pertumbuhan bunga.

4. Baja:

Gunakan baja organik atau baja khas untuk bunga bagi memperkayakan tanah dan menyokong pertumbuhan yang sihat.

Cadangan Reka Bentuk Landskap.

  • Pagaran Formal:

Tanam Phanera kockiana dalam barisan lurus di sepanjang pagar atau laluan. Pangkas secara konsisten untuk mendapatkan bentuk formal.

  • Elemen Focal Point:

Jadikan Phanera kockiana sebagai fokus utama dalam taman dengan membentuknya menjadi struktur melengkung atau menyerupai arca hidup.

  • Kombinasi Tumbuhan:

Gabungkan Phanera kockiana dengan tumbuhan hijau seperti pokok renek berdaun hijau gelap untuk memberikan kontras warna yang memukau.

Phanera kockiana bukan sahaja memukau dari segi estetik, tetapi juga praktikal untuk landskap. Dengan penjagaan yang mudah dan versatiliti penggunaannya, tanaman ini patut dipertimbangkan untuk memperindah taman anda. Namun, disebabkan saiz dan pertumbuhannya yang boleh menjadi rimbun, ia mungkin kurang sesuai untuk laman kecil. Jika anda mencari tanaman hias yang mampu memberikan impak besar dalam landskap, Phanera kockiana adalah antara pilihan terbaik!

Rujukan:


Ulasan