Terdapat beberapa nama panggilan lain bagi temu emas seperti kunyit emas (Malaysia), temu giring (Indonesia), dan kadangkala disebut temu mangga (walaupun nama ini juga digunakan untuk Curcuma amada).
Artikel ini bertujuan untuk mendokumentasikan spesies ini berdasarkan pemerhatian peribadi serta membandingkannya dengan spesies lain dalam genus Curcuma.
Ciri-ciri Morfologi
- Daun: Daun Temu Emas menyerupai daun kunyit biasa tetapi mempunyai jalur merah yang lebih ketara, serupa dengan temulawak.

- Bunga: Bunganya lebih mirip kepada Curcuma longa, dengan bentuk kon dan warna kuning pada bahagian hujung kelopak.

- Rizom: Warna rizomnya lebih wangi dan lebih kuning keemasan berbanding kunyit biasa. Bau rizomnya juga lebih harum.
- Akar: Akar serabut yang kuat, menunjukkan sifat adaptifnya dalam persekitaran tropika.
Perbandingan dengan Spesies Lain

- Kunyit Makan.
Spesies : Curcuma longa, Curcuma domestica.
Warna Rizom : Kuning jingga.
Ciri Daun : Tiada jalur merah.
Bau : Aroma kunyit biasa.
- Temulawak.
Spesies : Curcuma xanthorrhiza.
Warna Rizom : Jingga kecoklatan.
Ciri Daun : Jalur merah pada atas daun jelas kelihatan.
Bau : Bau lebih kuat dari kunyit makan dan pahit.
- Temu Emas/ Kunyit Emas.
Spesies : Curcuma heyneana.
Warna Rizom : Kuning keemasan.
Ciri Daun : Jalur merah seperti temulawak. Adakala sedikit pudar tapi masih kelihatan.
Bau : Lebih wangi dari temulawak dan kunyit makan.
Habitat dan Taburan.
Temu Emas lebih banyak ditemui di kawasan hutan tropika di Asia Tenggara, namun dokumentasi mengenainya masih sangat terhad. Di Indonesia, ia telah mendapat sedikit perhatian sebagai tumbuhan perubatan, tetapi di Malaysia, spesies ini masih belum mendapat kajian mendalam.
Anda juga boleh melihat video perbandingan spesies Curcuma di Instagram saya: @lamanaifatiya.
- Pohon Temu Emas bersama bunga.
- Perbandingan Rizom Temu Emas, Temulawak dan Kunyit Makan.
- Perbandingan Warna Pes Rizom Temu Emas dan Temulawak.
- Perbandingan Pelbagai Jenis Pokok Genus Curcuma Secara Ringkas.
Kegunaan dan Potensi
- Perubatan Tradisional – Digunakan dalam perubatan herba untuk kesihatan wanita dan pencernaan.
- Kosmetik – Ekstrak rizomnya berpotensi digunakan dalam produk penjagaan kulit digabungkan bersama kunyit biasa/ temulawak.
- Masakan – Walaupun kurang digunakan dalam masakan harian, ia berpotensi sebagai bahan perasa unik.

Temu Emas (Curcuma heyneana) adalah spesies yang masih kurang dikaji tetapi mempunyai potensi besar dalam bidang perubatan dan industri herba. Kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti kandungan fitokimia dan manfaatnya secara lebih mendalam. Dengan dokumentasi awal ini, diharapkan lebih banyak penyelidikan dapat dijalankan untuk mengesahkan keberadaannya dan kegunaannya di Malaysia.
Nota: Jika anda mempunyai maklumat lanjut atau pengalaman dalam menanam Temu Emas, sila tinggalkan komen atau hubungi saya untuk pertukaran maklumat. Bagi yang berminat mendapatkan rizom / anak pokok temu emas klik sini.
Ulasan