Pokok Asoka, atau nama saintifiknya Saraca indica, ialah pokok berbunga dari keluarga Fabaceae yang terkenal dengan bunga jingga-merah yang mekar dalam gugusan padat. Spesies ini sering dijumpai di kawasan tropika Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Ia bukan sahaja cantik sebagai tanaman landskap, tetapi juga mempunyai nilai sejarah dan perubatan yang tinggi. Dalam budaya Hindu dan Buddha, Asoka/ Ashoka dianggap suci dan sering dikaitkan dengan mitos dan kisah klasik.
![]() |
Pokok Asoka di hutan area kampung admin suatu masa dahulu. |
Ciri-Ciri Botani Pokok Asoka
- Ketinggian : 6 - 10 meter
- Bentuk Daun : Daunnya panjang dan berkilat, dengan warna hijau tua. Daun muda berwarna merah jambu atau kemerahan sebelum bertukar hijau matang.
- Bunga : Bunganya berwarna jingga atau merah terang, berbau harum, dan tumbuh dalam kelompok padat. Bunga ini menarik lebah dan rama-rama.
- Buah : Buahnya berbentuk polong (legume) seperti kekacang lain dengan biji di dalamnya
- Batang : Kulit kayunya berwarna coklat kelabu.
🔎 Nota Botani:
![]() |
Sekali pandang pasti sangka ia sekeluarga dengan Ixora. Kenali bezanya. |
Perbezaan Pokok Asoka (Saraca indica) dan Bunga Jenjarum (Ixora sp.)
Bunga Saraca indica memang ada sedikit persamaan dengan Ixora kerana kedua-duanya mempunyai gugusan bunga kecil yang rapat dan warna yang cerah seperti merah, jingga, atau kuning. Berikut beberapa perbezaan utama antara Saraca indica dan Ixora:
- Saraca indica ialah pokok kecil hingga sederhana dari keluarga kekacang iaitu Fabaceae, bukan pokok renek seperti Ixora sp yang dikelaskan dalam keluarga Rubiaceae.
- Saraca indica tumbuh tegak dan boleh mencapai 6-10 meter (ada yang lebih besar dalam habitat semula jadi), manakala Ixora sp biasanya hanya 1-3 meter dan lebih sesuai sebagai sempadan tanaman.
- Daun Saraca indica lebih panjang dan berkilat, sementara Ixora sp mempunyai daun yang lebih kecil dan tebal.
- Bunga Saraca indica berbau harum dan bermusim manakala Ixora sp seperti diketahui umum tidak memiliki sebarang bau wangi, mekar sepanjang tahun.
- Bentuk bunga Saraca indica tumbuh dalam kelompok besar dengan kelopak panjang dan langsing. Manakala Ixora sp memiliki bunga dengan kelopak lebih pendek, berbentuk tiub kecil.
- Saraca indica lebih banyak ditemui di hutan tropika dan kawasan lembap. Ixora sp lebih popular dan mudah ditemui kerana ditanam sebagai pokok hiasan
Nama Gelaran Saraca indica
Tumbuhan ini dikenali dengan nama Gapis, Asoka, Ashoka, Sorrowless Tree dan pelbagai lagi. Gelaran nama tertentu diberikan kepadanya berdasarkan pemerhatian orang lama pada tempoh ia berbunga, sempena sejarah dan mitos dalam kepercayaan Hindu dan Buddha dan juga keceriaan warnanya. Berikut antara nama popular Saraca indica dan maksudnya :-
- Nama Asoka/Ashoka bermaksud “tanpa kesedihan” dalam bahasa Sanskrit, merujuk kepada kepercayaan bahawa pokok ini dapat membawa kegembiraan.
- Dalam epik Ramayana, Dewi Sita (isteri Rama dalam epik Ramayana) dikatakan menangis di bawah pokok Asoka ketika diculik oleh Ravana.
- Dalam ajaran Buddha, Ratu Maya dikatakan melahirkan Siddhartha Gautama sambil berpaut pada dahan pokok ini di Lumbini.
- Disebabkan itu, pokok ini sering ditanam di kuil Hindu dan Buddha kerana dianggap sebagai simbol kesucian dan kedamaian, pembebasan dari penderitaan.
- Bunga Saraca indica juga antara tumbuhan pilihan untuk dijadikan persembahan di kuil kerana keharuman dan keindahannya.
- Asoka juga dikaitkan dengan struktur pertumbuhan daunnya yang jatuh melampai (weeping) terutama ketika kemunculan daun muda berwarna merah seperti pohon yang menghulur sapu tangan mengelap air mata.
- Tumbuhan lain yang digelar Asoka/ False Asoka kerana struktur pertumbuhan begini ialah Monoon longifolium (dahulunya dikenali sebagai Polyanthia longifolia) dari keluarga Annonaceae
- Di Thailand, ia dikenali sebagai Chiang Mai December Flame, kerana bunganya yang mekar pada bulan Disember.
- Dalam bahasa Inggeris, Sorrowless Tree kerana dikatakan dapat menghilangkan kesedihan dengan warna dan haruman bunganya. Struktur pertumbuhan daunnya yang jatuh melampai (weeping) seperti sapu tangan juga dikatakan sebagai sumber ilham pemberian nama gelarannya.

Kegunaan Pokok Asoka
🌳Sebagai Tumbuhan Landskap
- Pokok Hiasan - Daun Asoka yang melampai (weeping) memberi kesan unik. Kemunculan bunga yang terang dan harum pada musim tertentu juga boleh menjadi tarikan seperti pengunjung menikmati keindahan sakura.
- Pokok Teduhan (Avenue Tree) - Sesuai sebagai pokok teduhan di sepanjang jalan kerana saiz pertumbuhan yang besar dan kanopinya yang melebar mampu mewujudkan persekitaran yang teduh dan sejuk.
- Tanaman Berkelompok (Grouping) - Memberi tampilan yang lebih tradisional apabila ditanam bersama pokok renek berbunga dan rumput hiasan.
- Tanaman Tunggal (Focal Point) - Ia boleh ditanam sebagai satu kanopi tunggal menjadi titik fokus dalam landskap.
- Simbolisme - Pokok ini juga sering ditanam di kuil-kuil Hindu dan Buddha sebagai lambang kesucian dan pembebasan dari penderitaan. Keberadaannya boleh dikaitkan dengan kewujudan kuil dan tempat ibadat terdekat.
- Pelengkap ekosistem - Bunga asoka menarik perhatian serangga pendebunga seperti rama-rama dan lebah.
💉Dalam Perubatan Tradisional
- Kulit pokok ini digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk merawat gangguan haid (sengugut) dan masalah kesuburan wanita.
- Ekstrak kulitnya juga dipercayai mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu merawat masalah gastrik serta cirit-birit.
🌿Sebagai Makanan
- Terdapat sumber awam yang menyebut bahawa daun muda Saraca indica boleh dimakan, tetapi penggunaannya dalam makanan masih kurang dikenali.
- Perlu disemak lebih lanjut sama ada terdapat penyelidikan saintifik mengenai keselamatannya sebagai makanan harian.
Cara Menanam dan Penjagaan Asoka
🌳Pembiakan
- Biji Benih : Ambil biji dari buah matang dan semai dalam tanah yang lembap. Percambahan boleh mengambil masa beberapa minggu.
- Keratan Batang : Keratan boleh ditanam dalam medium lembap, tetapi kaedah ini lebih sukar berbanding biji benih.
🌳Keperluan Asas
- Cahaya : Sesuai dengan cahaya matahari penuh atau separa teduh.
- Tanah : Memerlukan tanah subur, bersaliran baik, dan kaya bahan organik.
- Air : Perlu kelembapan yang konsisten, tetapi elakkan air bertakung.
- Baja : Gunakan baja organik atau baja bunga setiap bulan untuk galakkan pertumbuhan dan pembungaan.
Pokok ini sesuai ditanam di kawasan tropika dengan tanah yang subur dan saliran baik. Ia boleh tumbuh di bawah naungan separa tetapi berbunga lebih banyak jika mendapat cahaya matahari penuh.
Pokok Asoka & Kisah Cinta dalam Mitologi Hindu
Pokok Asoka (Saraca indica/ Saraca asoca) memang mempunyai hubungan yang kuat dengan cinta, kesetiaan, dan kecantikan, terutamanya dalam mitologi Hindu dan kisah epik seperti Ramayana.
💘 1. Asoka & Dewi Cinta (Kamadeva)
Dalam mitologi Hindu, Kamadeva, dewa cinta, sering dikaitkan dengan pokok yang berbunga indah dan wangi. Pokok Asoka dianggap sebagai salah satu pokok suci yang melambangkan kesetiaan dalam cinta dan sering ditanam di kuil-kuil serta taman-taman diraja sebagai simbol kasih sayang dan keindahan.
💔 2. Sita & Taman Ashoka dalam Ramayana
Salah satu kisah paling terkenal berkaitan dengan pokok Asoka ialah dalam epik Ramayana. Apabila Sita, isteri kepada dewa Rama, diculik oleh Ravana dan dibawa ke Lanka, dia dikurung di Taman Ashoka (Ashok Vatika).
Di taman ini, Sita mengalami kesedihan mendalam tetapi tetap setia kepada suaminya, Rama.
Pokok-pokok Asoka di taman tersebut menjadi saksi bisu kepada kesetiaan Sita, menjadikannya simbol kesetiaan dan ketabahan seorang isteri dalam cinta sejati.
Apabila Rama akhirnya menyelamatkan Sita, ia menegaskan lagi makna kesetiaan & kasih sayang abadi yang dikaitkan dengan pokok ini.
🌸 3. Pokok Asoka dalam Puisi & Sastera
Dalam puisi klasik Sanskrit, pokok Asoka sering dikatakan mekar lebih indah apabila disentuh oleh wanita yang sedang jatuh cinta. Ini menjadikannya lambang kerinduan dan perasaan cinta yang mendalam.
Pendek kata, pokok Asoka bukan sekadar pokok hiasan biasa dengan bunganya yang ceria dan harum. Ia penuh dengan sejarah, nilai perubatan, dan keindahan tersendiri. Adakah anda pernah melihat atau mempunyai pengalaman peribadi dengan tanaman ini? Semoga bersudi untuk kongsikan ia di ruangan komen.
Ulasan