
Gajah: Penanam Benih Tak Bergaji
Dalam ekosistem hutan, gajah adalah penghantar pos semula jadi/ jurutera ekosistem. Mereka makan pelbagai buah besar — seperti buah ara, tampoi, durian belanda hutan, rambai, dan banyak lagi — kemudian berjalan sejauh berkilometer, dan ‘meninggalkan’ biji benih itu bersama najis mereka.
💩 Najis gajah bukan sekadar sisa. Ia pembawa kehidupan — lengkap dengan kelembapan, nutrien, dan perlindungan semulajadi untuk benih tumbuh subur.
Kajian menunjukkan bahawa gajah Asia mampu menyebarkan benih sejauh satu kilometer! Mereka membantu tumbuhan menyebar ke kawasan baru, termasuk kawasan hutan yang terjejas akibat pembalakan atau kebakaran.
🪴 Tanpa gajah, banyak tumbuhan yang tak lagi mampu membiak — kerana tiada haiwan lain yang mampu bawa biji benih sebesar itu sejauh kumpulan gajah.
Tumbuhan Kegemaran Gajah
Pasti ramai menyangka gajah suka makan pisang seperti arnab suka lobak merah kerana pengaruh filem dan animasi haiwan. Tapi sebenarnya, pisang bukanlah tumbuhan utama hutan tropika liar, jadi dalam konteks ekologi, ia bukan kegemaran semula jadi... Gajah bukanlah haiwan yang pemilih makanan. Pastinya gajah tidak akan menolak kalau terjumpa atau dihidangkan pisang manis masak ranum! 😄
Pisang lebih mudah dilihat dalam konteks gajah yang dijaga manusia, seperti di pusat konservasi, zoo, atau kuil di India dan Thailand. Di situ, pisang, tebu, dan betik sering diberikan sebagai snek atau hadiah.
Di habitat liar, menu gajah lebih pelbagai dan bergantung pada musim serta kawasan. Mereka sangat gemarkan :
✨ Pokok fig (Ficus spp.) – Buah kecil manis berjus; sumber tenaga untuk gajah, burung dan musang.
✨ Keladi hutan & lengkuas liar – Daun besar, berair, jadi salad segar gajah.
✨ Buluh – Tunas mudanya jadi snek rangup kegemaran.
✨ Palma hutan – Buah palma? Pencuci mulut semula jadi!
✨ Senduduk & cemperai – Buah masam manis yang juga disukai manusia!
🌿 Menariknya, tumbuhan kegemaran gajah ini juga memiliki nilai perubatan dan digunakan manusia sejak turun-temurun. Kita dan gajah, sebenarnya berkongsi dapur alam yang sama.
Apa Jadi Kalau Gajah Tiada?
Apabila habitat gajah dimusnahkan atau pergerakan mereka dihalang, pokok-pokok yang bergantung pada mereka juga terancam.
Akhirnya, hutan kehilangan fungsi—tanah jadi gondol, sungai tercemar, dan kepelbagaian spesies hilang sedikit demi sedikit.
Maka, menyelamatkan gajah bukan hanya untuk haiwan itu sendiri, tapi untuk menjaga kesinambungan seluruh ekosistem, termasuk tumbuhan yang kita gunakan sebagai ubat, makanan, atau hiasan taman.
Di sebalik tubuh besar dan langkah beratnya, gajah adalah penjaga senyap kepada hutan dan tumbuhan—tempat asal herba, bunga, dan buah yang kita guna saban hari.
Manusia dan Gajah : Berkongsi Akar Kehidupan
Setiap kali terdengar berita tentang gajah, jangan cuma lihat ia sebagai binatang liar… lihatlah mereka sebagai jiran rimba, tukang kebun raksasa yang tak pernah minta balasan.
💚 Kerana bila kita lindungi mereka, kita sebenarnya melindungi masa depan tumbuhan—dan manusia.
🌳 Apa Boleh Kita Buat Untuk Lindungi Gajah?
- Sokong usaha pemuliharaan seperti WWF, PERHILITAN & NGO tempatan.
- Sebarkan kesedaran – kongsi kisah gajah dan peranan mereka dalam ekosistem.
- Elak pembangunan di koridor hidupan liar – laluan khas antara hutan perlu dibina supaya gajah serta haiwan liar lain boleh merentas habitat dengan selamat.
- Tekanan kepada kerajaan & industri – untuk hentikan pembalakan haram & projek jalan raya yang tidak mesra alam.
- Tanam tumbuhan asli tempatan – sokong biodiversiti dan sambung jaringan alam walau di laman sendiri.
Rujukan & Sumber Bacaan
- IFAW - Ecosystem Engineers- the elephant's role in keeping the planet healthy.
- WWF - Species : Elephant
- WWF - Why are African forest elephants climate heroes
- NST - Protecting pygmy elephants in Sabah's best interests, says WWF-Malaysia
- Frontiersin - Asian elephants as ecological filters in Sundaic forests
- Save the Elephants - The Importance of Elephants
- Mongabay Environmental News - Asian elephants as seed dispersers in tropical forests.
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung MalaysiA - NECAP 2.0 : Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030)
- Discovery Terengganu - Kenali Gajah Asia di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Terengganu.
- ScienceDirect.com : Campos-Arceiz & Blake (2011) - Megagardeners of the forest: the role of elephants in seed dispersal.
Ulasan