Cannonball Tree si Pokok Peluru Meriam – Bunga Wangi Semerbak, Buah Berbau Kurang Enak

Pernah lihat di taman rekreasi atau taman botani, sebatang pokok besar dengan bunga berjurai besar dan berbau wangi, atau buah bulat seakan bola meriam yang tergantung di batang utama? Itulah pokok Cannonball Tree atau dikenali sebagai pokok peluru meriam di Malaysia. Pokok eksotik ini bukan sahaja menarik dari segi rupa, tapi juga menyimpan nilai estetika, kisah budaya, dan kegunaan perubatan tradisional di beberapa negara. Jom kita kenali dengan lebih dekat — mungkin lepas ni, anda takkan pandang pokok ini dengan cara yang sama lagi!

Asal Usul & Nama Tempatan

Pokok Cannonball (Couroupita guianensis) bukanlah tumbuhan asli Malaysia. Ia merupakan spesies eksotik yang berasal dari hutan tropika Amerika Selatan, terutamanya di kawasan Amazon yang merangkumi Brazil, Colombia, dan Guiana.

Pokok ini tergolong dalam famili Lecythidaceae, iaitu famili yang sama dengan pokok Brazil nut (Bertholletia excelsa).

Pokok ini dikenali dengan beberapa nama lain mengikut budaya dan lokasi:
🔸 Cannonball Tree – merujuk kepada bentuk buahnya yang besar dan bulat, seakan bola meriam.
🔸 Pokok Peluru Meriam, Buah Meriam – terjemahan tempatan yang menggambarkan saiz dan cara buahnya jatuh dari pokok.
🔸 Nagalingam Tree – nama digunakan di India & Sri Lanka kerana bunga dikaitkan dengan simbol keagamaan Hindu (Shiva Lingam & hood of Naga).
🔸 Castanha-de-Macaco – nama dalam bahasa Portugis, bermaksud “kacang monyet”.
🔸 Buah Kanon – nama tempatan tidak rasmi yang digunakan secara lisan.
🔸 Ayahuma – nama yang turut digunakan di beberapa kawasan di Amerika Selatan.
🔸 Sala Tree – Thailand. Sesetengah sumber keliru antara Cannonball Tree dan Sala Tree (Shorea robusta) kerana kedua-duanya ada nilai spiritual dalam budaya Buddha/Hindu.

Ciri Botani Pokok Cannonball

Ketinggian:

  • Boleh mencapai 25-35m.
Batang: 
  • Tegak lurus dan berkayu. 
  • Bunga dan buah tumbuh terus dari batang utama (cauliflory).
Daun: 
  • Bersaiz besar
  • Tersusun secara roset di hujung dahan.
Bunga: 
  • Mekar dalam bentuk kelompok dan hanya tahan sehari sahaja.
  • Bersaiz besar dengan warna jingga-merah jambu.
  • Bunganya berbau wangi.
  • Keluar berjuraian pada batang utama dalam tempoh beberapa minggu silih ganti (bergantung kepada lokasi dan kesesuaian persekitaran).
Buah: 
  • Berbentuk bulat sebesar kepala manusia dengan warna coklat keperangan. 
  • Nama pokok ini diambil sempena buahnya yang keras dan gugur seperti peluru.
  • Mengambil masa 9 bulan untuk buahnya matang.
  • Buah matang mengandungi pulpa berbau busuk berwarna putih yang akan bertukar menjadi kebiruan apabila terdedah ke udara.


Penjagaan Asas Pokok Cannonball

Pokok Cannonball atau Peluru Meriam ini boleh hidup dengan baik dengan iklim di Malaysia yang lembap panas. Berikut keperluan pokok ini sekiranya anda berminat memilikinya di ladang/ kebun peribadi :

  • Cahaya - Suka cahaya matahari penuh
  • Tanah - Lembap, subur, saliran baik
  • Penyiraman - Sederhana – elakkan air bertakung
  • Pembiakan - Dari biji benih, ambil masa lama matang
  • Lokasi Sesuai - Kawasan yang luas dan tidak terlalu dekat dengan jalan lalu lalang

🛒 Dapatkan anak pokok Peluru Meriam / Nagalingam di sini 


Amaran dan Perhatian 

  • Buahnya tidak boleh dimakan oleh manusia – berbau kuat (kadang kala busuk/ hancing), tetapi ia masih menjadi sumber makanan oleh sesetengah haiwan liar. Kehadiran tumbuhan ini mungkin menarik kehadiran serangga/ haiwan yang tidak diingini sebagai pendebunga dan penggemar buahnya. Oleh itu, tidak digalakkan menanamnya berhampiran rumah.
  • Getah dan kulit pokok boleh menyebabkan iritasi pada kulit individu sensitif.
  • Buah sangat berat – tidak sesuai ditanam berhampiran laluan utama atau tempat permainan kanak-kanak.

Kegunaan Tradisional dan Landskap

Landskap:

  • Sesuai dijadikan tarikan utama (focal point) dalam taman eksotik.
  • Daya tarikan melalui bunga yang besar dan rupa pokok yang luar biasa.
  • Sebahagian pendidikan botani dan contoh tumbuhan tropika unik.
  • Boleh digunakan untuk tema landskap tropika atau eksotik

Perubatan Tradisional:

  • Kulit pokok & bunga : Digunakan secara luaran untuk merawat masalah kulit, selsema, dan sakit gigi di Amerika Selatan & India kerana dipercayai mempunyai nilai antibakteria/ antiseptik. 
  • Pulpa buah : Digunakan untuk penyakit kulit.
  • Daun : Digunakan untuk sakit gigi dan selsema
  • Kayu teras/ Akar : dikatakan mengeluarkan bau harum apabila dibakar dan digunakan sebagai bahan kemenyan dalam ritual keagamaan tertentu di India dan Amerika Selatan.
  • Penggunaan secara perubatan belum disahkan secara saintifik dan boleh memudaratkan jika disalah guna.

⚠️ Di Malaysia, penggunaannya dalam perubatan tidak meluas.


Kepercayaan dan Simbolik Budaya

  • Dikaitkan dengan kesucian, perlindungan rohani, simbol spiritual dan amalan meditasi atau ketenangan kerana pokoknya besar, rimbun, dan tenang serta bentuk pengeluaran bunga yang unik.
  • Dipercayai membawa “tuah” dalam sesetengah kepercayaan – tetapi jangan petik bunga sesuka hati!
  • Berdasarkan mitos dan cerita rakyat 🧘‍♂️ 
    • “Jangan petik bunga tanpa izin” – dipercayai membawa nasib buruk
    • Pokok dijaga makhluk ghaib? – kisah lisan untuk ajar hormati alam
  • Kebanyakan sumber kepercayaan ini berasal dari budaya Hindu/Buddha yang menghargai unsur alam.


🌳 Tujuan Penanaman Pokok Cannonball di Malaysia

Pokok ini boleh ditemui dan ditanam di Malaysia sebagai tumbuhan landskap bukan kerana nilai perubatan tetapi:

✅ Sebagai Pokok Hiasan Landskap

  • Bunganya besar, wangi, dan sangat eksotik.
  • Buah bulat yang bergantungan menarik perhatian.
  • Digunakan di taman botani, tepi jalan, dan kawasan institusi.

✅ Simbolik dalam Agama & Budaya

  • Pokok Cannon Ball adakalanya ditemui di kawasan kuil Hindu dan Buddha bukan sahaja di sekitar Selangor, Perak dan Pulau Pinang di Malaysia, malah negara seperti Thailand dan Sri Lanka, India.
  • Pokok ini merupakan salah satu tumbuhan yang dihormati dalam agama Hindu
  • Dikenali sebagai Nagalingam kerana bunganya menyerupai simbol Shiva Lingam dan hood of Naga.
  • Bunga dan daunnya digunakan dalam ritual keagamaan kepada Dewa Shiva seperti persembahan bunga di kuil.
  • Bunga nagalingam juga dikeringkan dan disatukan bersama daun tumbuhan suci lain bagi tujuan ritual keagamaan.  🛒 Contoh Gabungan Bunga Nagalingam , Rudraksha

✅ Nilai Edukasi & Eksotik

  • Dijadikan spesimen menarik dalam taman botani atau arboretum.
  • Menjadi contoh kauliflori dalam pembelajaran botani.

🌸 Apa Itu Kauliflori?

Kauliflori (Cauliflory) ialah fenomena di mana bunga dan buah tumbuh terus dari batang utama atau dahan besar, bukan dari ranting kecil.

Ciri-Ciri Utama:

  • Bunga tumbuh dari batang/dahan tua.
  • Kelihatan pelik dan unik kerana “melekat” terus pada batang.
  • Memudahkan pendebungaan oleh haiwan seperti kelawar & mamalia kecil.

Contoh Tumbuhan Kauliflori:

  1. Pokok Meriam (Couroupita guianensis)
  2. Nam-nam (Cynometra cauliflora)
  3. Kakao (Theobroma cacao)
  4. Elephant's Ear Fig (Ficus auriculata)
  5. Rambai (Baccaurea motleyana)

Pokok Cannonball atau Pokok Peluru Meriam sememangnya unik dari segi penampilan dan penuh simbolik dari sudut budaya. Sama ada sebagai pokok hiasan eksotik atau subjek kajian botani, ia terus menarik perhatian ramai. Namun seperti semua tumbuhan yang luar biasa, kita wajar mendekatinya dengan rasa hormat dan penuh penghargaan terhadap alam.

Pernah jumpa pokok ni? Atau pernah dengar kisah mitosnya? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Bacaan Tambahan

Ulasan