Essential Oil vs. Infused Oil: Perbezaan, Proses & Kegunaan.

1. Definisi & Proses Pembuatan.

Minyak daripada tumbuhan boleh diekstrak dalam dua bentuk utama: Minyak Pati / Essential Oil (EO) dan Minyak InfusiInfused Oil. Walaupun kedua-duanya berasal dari tumbuhan, kaedah penghasilan dan kegunaannya berbeza.

  • Essential Oil (EO) 

Minyak pati yang sangat pekat, diekstrak daripada tumbuhan melalui proses penyulingan, cold press, atau solvent extraction. Minyak ini kaya dengan komponen aktif dan mempunyai bau yang kuat. Memerlukan lebih banyak sumber bahagian tumbuhan berkaitan untuk diekstrak. 

EO perlu dicairkan sebelum digunakan dalam suatu produk sapuan/ mandian. Biasanya akan diberikan tatacara penggunaan berapa titis untuk tujuan tertentu.


  • Infused Oil.

Minyak pembawa (carrier oil) yang direndam dengan herba atau bunga untuk menyerap khasiatnya. Ia lebih ringan dan boleh digunakan terus tanpa pencairan. Tidak memerlukan banyak tumbuhan seperti penghasilan EO.

Minyak kelapa/ VCO adalah contoh minyak pembawa / carrier oil yang biasa digunakan untuk EO/ minyak infusi.


2. Cara Pembuatan Infused Oil.

Terdapat beberapa kaedah untuk membuat Infused Oil di rumah:

🔹 Kaedah Sejuk.

  • Herba atau bunga segar/kering direndam dalam minyak pembawa (contoh: minyak zaitun, minyak kelapa) dalam bekas tertutup.
  • Biarkan selama 2–6 minggu di tempat gelap dengan sesekali menggoncangkan botol.
  • Minyak akan menyerap komponen aktif dari tumbuhan secara perlahan.

🔹 Kaedah Panas.

  • Menggunakan haba rendah untuk mempercepatkan proses.
  • Gunakan double boiler atau pemanas dengan suhu serendah mungkin untuk mereneh rendaman herba dalam minyak selama 2–4 jam.
  • Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ingin hasil yang cepat.

🔹 Kaedah Matahari.

  • Meletakkan botol minyak dan herba di tempat yang mendapat cahaya matahari dalam tempoh tertentu.
  • Sesuai untuk herba yang mudah larut dalam minyak tetapi kurang berkesan jika cuaca tidak menentu.


3. Perbandingan Essential Oil vs. Infused Oil.

Ciri Minyak Pati/ Essential Oil.

  • Kaedah Pembuatan : Penyulingan, cold press, solvent extraction. 
  • Kepekatan               : Sangat pekat, perlu dicairkan sebelum guna.
  • Bau                         : Sangat kuat dan tulen. 
  • Kegunaan                : Aromaterapi, kosmetik, perubatan alternatif. 
  • Contoh                    : Lavender EO, Tea Tree EO, Lemongrass (Serai) EO, Patchouli (Nilam) EO.

Ciri Minyak Infusi/ Infused Oil.     

  • Kaedah Pembuatan : Rendaman dalam minyak pembawa.
  • Kepekatan               : Lebih ringan, boleh terus digunakan.
  • Bau                          : Lebih lembut dan semula jadi.
  • Kegunaan                 : Urutan, minyak rambut, minyak masak.
  • Contoh                     : Minyak kelapa infus rosemary, Minyak zaitun infus bawang putih.


4. Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

✔ Gunakan Essential Oil jika:

✅ Anda perlukan aromaterapi untuk tidur, mood, atau fokus.

✅ Mahu rawatan intensif seperti EO Tea Tree untuk jerawat.

✅ Mahu buat produk DIY seperti sabun atau lilin wangi.


✔ Gunakan Infused Oil jika:

✅ Anda mahu cara lembut & selamat untuk kulit (contoh: rosemary untuk rambut).

✅ Perlukan minyak untuk masakan atau urutan.

✅ Mahu buat sendiri di rumah dengan bahan semula jadi.


Essential Oil (EO) lebih pekat dan sesuai untuk aromaterapi, rawatan kulit, atau produk kecantikan, tetapi mesti dicairkan sebelum digunakan pada kulit kerana boleh menyebabkan iritasi. Boleh baca penerangan lengkap kaedah penghasilan minyak pati (EO) dari tumbuhan di sini.

Manakala, Infused Oil lebih lembut dan boleh dibuat sendiri di rumah untuk kegunaan harian seperti minyak urut, minyak rambut, dan minyak masak berperisa. Ia adalah alternatif yang selamat bagi mereka yang ingin menikmati manfaat tumbuhan dalam bentuk lebih semula jadi. Maklumat lanjut berkenaan Apa Itu Infusion Oil, Kegunaan dan Cara Membuatnya di Rumah.

Dengan memahami perbezaan ini, anda boleh memilih minyak yang paling sesuai mengikut keperluan anda serta mengenalpasti jenis minyak yang berada di pasaran mana satu benar-benar EO tulen dan mana satu minyak infusi yang dipasarkan sebagai minyak pati.🍃😊


Ulasan