Tumbuhan Sebagai Pewarna Pemakanan Semula Jadi: Khasiat dan Kandungan Kimianya.

Dalam dunia pemakanan dan industri makanan, penggunaan pewarna sintetik semakin mendapat perhatian kerana kesan sampingannya terhadap kesihatan. 

Oleh itu, pewarna semula jadi daripada tumbuhan menjadi pilihan yang lebih selamat dan mesra alam. 

Selain memberikan warna yang menarik, tumbuhan ini juga kaya dengan khasiat dan sebatian kimia yang bermanfaat. 

Melalui entri ini, bukan semua tumbuhan disenaraikan. Hanya contoh umum kaitan warna dan kimia di dalamnya.

1. Biru & Ungu: Antosianin.

Antosianin (Anthocyanin) ialah pigmen larut air yang memberi warna biru, ungu, dan merah kepada banyak tumbuhan. Ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan oksidatif. Sebahagiannya bersifat antikanser, antiradang.

Contoh tumbuhan yang menjadi sumber pewarna biru/ungu termasuklah:

  • Bunga Telang (Clitoria ternatea)

Warna: Biru

Sebatian Kimia: Antosianin (delphinidin)

Kegunaan: Pewarna minuman, nasi kerabu, kuih-muih.

Keunikan: Warna boleh berubah mengikut pH (biru dalam keadaan neutral, ungu dalam asid, hijau dalam alkali).


  • Kubis Ungu (Brassica oleracea var. capitata f. rubra)

Warna: Ungu

Sebatian Kimia: Antosianin

Kegunaan: Pewarna semula jadi untuk minuman dan pencuci mulut, snek bayi.


  • Buah Beri (Blueberry, Blackberry, Mulberry)

Warna: Ungu kebiruan

Sebatian Kimia: Antosianin dan flavonoid

Kegunaan: Pewarna semula jadi dalam jem, aiskrim, yogurt, dan minuman.


2. Kuning & Jingga: Karotenoid dan Curcumin.

Karotenoid ialah pigmen larut lemak yang memberikan warna kuning hingga oren, manakala curcumin ialah sebatian fenolik (phenolic) yang bersifat anti-radang dan antioksidan.

Berikut antara tumbuhan popular yang menjadi sumber pewarna kuning/ jingga :

  • Kunyit (Curcuma longa)

Warna: Kuning keemasan

Sebatian Kimia: Curcumin

Kegunaan: Pewarna dalam kari, nasi, mihun, minuman kesihatan.

Keunikan: Digunakan dalam perubatan tradisional sebagai anti-radang dan agen penyembuh luka.


  • Bunga Kekwa Kuning (Chrysanthemum spp.)

Warna: Kuning

Sebatian Kimia: Flavonoid dan karotenoid

Kegunaan: Teh, pewarna minuman dan sup herba.


  • Labu (Cucurbita spp.) & Lobak Merah (Daucus carota)

Warna: Oren

Sebatian Kimia: Beta-karoten

Kegunaan: Pewarna semula jadi dalam produk bayi, mi, pasta, sup, dan roti.


3. Merah: Likopen dan Betalain

Sebatian likopen dan betalain bertanggungjawab memberikan warna merah terang yang sering dikaitkan dengan kesan antioksidan dan perlindungan sel.


  • Bit Merah (Beta vulgaris)

Warna: Merah terang

Sebatian Kimia: Betalain

Kegunaan: Pewarna untuk kek, aiskrim, minuman, dan makanan bayi.


  • Tomato (Solanum lycopersicum)

Warna: Merah

Sebatian Kimia: Likopen

Kegunaan: Pewarna dalam sos, sup, dan minuman berasaskan tomato.


  • Buah Naga Merah (Hylocereus spp.)

Warna: Merah keunguan

Sebatian Kimia: Betasianin

Kegunaan: Pewarna dalam jus, yogurt, dan pencuci mulut.


4. Hijau: Klorofil.

Klorofil ialah pigmen utama dalam tumbuhan hijau dan mempunyai manfaat kesihatan seperti detoksifikasi dan peningkatan tenaga sel.

  • Daun Pandan (Pandanus amaryllifolius)

Warna: Hijau

Sebatian Kimia: Klorofil dan flavonoid

Kegunaan: Pewarna dalam kuih-muih dan minuman tradisional.


  • Pandan Suji (Dracaena angustifolia)

Warna: Hijau pekat

Sebatian Kimia: Klorofil dan saponin

Kegunaan: Pewarna kuih-muih seperti kuih seri muka, onde-onde, dan kek lapis, pembuatan cendol.

Keunikan: Berbanding daun pandan biasa, pandan suji menghasilkan warna hijau yang lebih pekat dan tahan lama.


  • Bayam (Amaranthus sp.)

Warna: Hijau

Sebatian Kimia: Klorofil

Kegunaan: Jus bayam boleh dijadikan pewarna semula jadi untuk nasi, kuih, atau minuman.

  

Pewarna semula jadi daripada tumbuhan bukan sahaja mencantikkan makanan tetapi juga menyumbang kepada kesihatan melalui kandungan antioksidan, vitamin, dan sebatian bioaktifnya.

Dengan memilih pewarna makanan berasaskan tumbuhan, kita bukan sahaja mengelakkan bahan kimia sintetik tetapi juga menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan mesra alam.

Anda pernah mencuba mana-mana pewarna makanan semula jadi selain dari ini seperti keledek ungu, buah senduduk ungu, roselle atau saffron? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Jika berminat mengetahui Roselle sebagai pewarna makanan semulajadi boleh baca disini :

🔗Roselle : Khasiat, Pewarna Makanan Semulajadi dan Kesannya..

Ulasan