Temu Kunci (Boesenbergia rotunda) : Ciri Botani, Khasiat dan Kegunaannya.

Boesenbergia rotunda atau dalam istilah lama sebagai Kaempferia pandurata, adalah tumbuhan herba dari keluarga Zingiberaceae. Ia dikenali dengan nama seperti Temu Kunci, Fingerroot dan Chinese Ginger. Selain mempunyai khasiat perubatan yang tinggi, tumbuhan ini popular digunakan dalam pelbagai hidangan di Asia Tenggara, terutamanya masakan tradisional Thai dan Indonesia.

Temu Kunci di atas tanah dan close-up corak bunganya.

Ciri Botani Temu Kunci (Boesenbergia rotunda)

Temu Kunci berasal dari kawasan tropika Asia Tenggara dan tumbuh subur di kawasan lembap dengan teduhan separa, seperti tepi hutan dan kawasan kampung. Di Malaysia, ia sering ditanam sebagai herba masakan dan perubatan. 

Berikut adalah ciri-ciri botani yang membantu pengecaman tumbuhan ini:
🌿 Daun:
  • Berbentuk bujur memanjang dan berwarna hijau gelap.
  • Tegak dengan urat yang jelas dan permukaan licin. (lihat video Temu Kunci)
🌸 Bunga:
  • Berwarna putih kekuningan dengan jalur ungu di tengah kelopak.
  • Mekar dalam gugusan kecil di pangkal daun.
🌱 Rizom (Akar):
  • Panjang, berbentuk jari, dan berkumpul dalam gugusan.
  • Berwarna kuning keemasan dengan bau kuat dan aroma pedas.
  • Rasanya sedikit pahit dan pedas, sering digunakan sebagai rempah dalam masakan.
📏 Ketinggian:
  • Tumbuhan herba ini boleh mencapai sehingga 50 cm.
Rizom Temu Kunci

Khasiat dan Kegunaan Perubatan Tradisional

Temu Kunci telah lama digunakan dalam perubatan tradisional kerana kandungan fitokimia sekundernya yang tinggi. Antara manfaatnya:

🌿 Melancarkan pencernaan – Membantu mengurangkan kembung perut dan masalah penghadaman.

🔥Anti-radang dan antioksidan – Mengandungi pinostrobin, yang membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit sendi dan otot.

Meningkatkan tenaga dan stamina – Dalam perubatan tradisional, ia digunakan sebagai tonik tenaga.

🦠Antibakteria dan antikulat – Kandungan minyak pati dalam temu kunci membantu melawan jangkitan bakteria dan kulat.

👩‍⚕️ Kesihatan wanita – Dalam perubatan Melayu, ia digunakan untuk merawat keputihan dan pemulihan selepas bersalin.

Cara Penggunaan dalam Perubatan Tradisional: 

  • Teh Temu Kunci: Hiriskan nipis beberapa keping temu kunci dan rebus selama 10-15 minit. Minum suam untuk melegakan kembung perut.
  • Tampalan untuk sakit otot: Tumbuk rizom segar, campur dengan minyak kelapa, dan sapukan pada bahagian sakit. Contoh minyak urut berasaskan temu kunci di sini.

⚠ Amaran Kesihatan:

  • Tidak digalakkan untuk wanita hamil kerana kesan terhadap hormon dan pengecutan rahim.
  • Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut.


Penggunaan dalam Masakan

Temu Kunci adalah ramuan utama dalam Tom Yum dan hidangan Thai lain kerana aromanya yang unik.

🥘 Cara Penggunaan dalam Masakan:

  • Digunakan dalam sup, kari, sambal, dan acar.
  • Di Indonesia, ia digunakan dalam sambal dan kuah ikan.
  • Di Malaysia, ia ditambah dalam perapan ikan atau daging untuk menghilangkan bau hanyir.

💡 Tip Masakan:

  • Potong nipis atau tumbuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan untuk mengeluarkan aroma yang optimum.
  • Masukkan awal bersama dengan bahan lain seperti lengkuas, serai, dan daun limau purut ketika merebus sup untuk mengeluarkan aromanya.
  • Jangan makan terus, kerana teksturnya keras dan berserat.

👨‍🍳 Rahsia Chef Thai:

  • Gabungan Temu Kunci dan Lengkuas memberi keseimbangan aroma yang sempurna dalam Tom Yum.
  • Sedikit Temu Kunci juga digunakan dalam Tom Kha (sup santan Thai) untuk aroma wangi tambahan.
Bagi tujuan perubatan dan masakan, temu kunci boleh digunakan dalam bentuk rizom dan isi temu kunci segar atau dalam bentuk serbuk kering


Cara Penanaman dan Penjagaan

🪴 Media Tanaman:

  • Tanah yang sesuai adalah tanah yang gembur, bersaliran baik, dan kaya dengan bahan organik. Campuran tanah dengan kompos atau baja organik adalah terbaik.
  • pH tanah yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 6.5.

🌱 Cara Penanaman:

  • Gunakan rizom yang matang dan sihat sebagai bahan tanaman. Buang bahagian jejari temu kunci yang rosak.
  • Tanam rizom secara mendatar sedalam 5-7 cm dalam tanah.
  • Siram tanah selepas menanam, tetapi elakkan air bertakung.

💧 Penyiraman dan Penjagaan:

  • Siraman bergantung kepada cuaca. Hanya pastikan ia lembab tidak berlebihan air untuk elaak rizom reput. 
  • Pastikan kawasan mendapat cahaya matahari separa teduh. Daun temu kunci mudah melecur pada cahaya matahari terik.
  • Kawal rumpai secara berkala untuk mengelakkan persaingan nutrien.

🔪 Penuaian:

  • Rizom boleh dituai apabila daun mula menguning dan kering.
  • Gali rizom dengan berhati-hati supaya tidak rosak. Bersihkan dari tanah dan keringkan sedikit sebelum penyimpanan.


Perbezaan dengan Temu Rapet (Kaempferia rotunda).

Boesenbergia rotunda adakalanya disalah anggap sebagai Kaempferia rotunda (Temu Rapet) kerana kedua-duanya mempunyai nama spesies "rotunda". Namun, terdapat beberapa perbezaan utama:

Kaempferia rotunda (Temu Rapet):

  • Daunnya tumbuh tegak memilik corak atas daun dan warna merah hati belakang daun seperti Kaempferia parviflora.
  • Bunganya besar seakan rerama berwarna putih, ungu muda dan hanya muncul dalam persekitaran tertentu.
  • Rizom bulat kecil berwarna coklat keperangan dengan isi  rizom berwarna putih kekuningan apabila dipotong.
  • Rizom memiliki buah berbentuk bulat lonjong.

Boesenbergia rotunda (Temu Kunci):

  • Daunnya tegak dan memanjang.
  • Bunga kecil berwarna putih kekuningan dengan jalur ungu yang jelas.
  • Rizom memiliki akar panjang berbentuk jari dengan aroma tersendiri.


Temu Kunci (Boesenbergia rotunda) adalah tumbuhan serbaguna yang kaya dengan khasiat perubatan dan kegunaan dalam masakan tradisional. Mengetahui ciri dan nama botani Temu Kunci yang tepat membantu mengenalpasti tumbuhan yang betul bagi tujuan perubatan dan masakan juga penyelidikan. Ia mempunyai potensi sebagai sumber rawatan antikanser dengan sebatian Pinostrobin di dalamnya. Jika anda berminat untuk mendapatkan sumber bekalan rizom temu kunci bagi tujuan penanaman boleh hubungi admin atau dapatkan anak pokok temu kunci dalam polibag di sini

 📌 Baca perbezaan lebih lanjut di blog ini: Perbezaan Kaempferia rotunda & Boesenbergia rotunda. Semoga bermanfaat!

____________________________________________________

Rujukan Tambahan : 


Ulasan