
Nama Gelaran Tecoma stans
- Bunga Loceng Kuning,
- Lonceng Emas,
- Yellow Bells,
- Yellow Elder,
- Yellow Blossom,
- Trumpetbush,
- Ginger-Thomas,
- Esperanza di Mexico dan Amerika Latin (bermaksud “harapan”)
- Ratchaphruek di Thailand (kadang disalah anggap sebagai Cassia fistula)
Ciri-Ciri Botani Tecoma stans
✨Struktur Pokok
- Renek besar atau pokok kecil dari keluarga Bignoniaceae
- Separa malar hijau, mudah dibentuk melalui pemangkasan
π Ketinggian
- Boleh mencapai 2 hingga 10 meter (atau 10–25 kaki)
- Ketinggian mudah dikawal dengan teknik pemangkasan
π Daun
- Daun majmuk, jenis pinat ganjil, tersusun secara bertentangan
- Mempunyai 3 hingga 13 anak daun bergigi di tepi
- Panjang anak daun sekitar 8–10 cm

πΌ Bunga
- Berwarna kuning terang, berbentuk loceng atau trompet
- Tumbuh berkelompok di hujung dahan
- Corolla berbentuk loceng hingga corong, lima cuping
- Kadang-kadang ada urat merah di bahagian tekak
- Panjang bunga antara 3.5–8.5 cm
- Berbunga sepanjang tahun, paling banyak dari musim bunga hingga musim panas
- Menarik lebah, rama-rama dan burung kolibri
πΏ Buah dan Penyebaran
- Kapsul panjang hingga 25 cm
- Mengandungi banyak biji ringan bersayap
- Disebarkan oleh angin (proses dikenali sebagai anemokori)
Habitat dan Taburan Tecoma stans
Tecoma stans berasal dari benua Amerika (dari selatan Amerika Syarikat, Mexico, Amerika Tengah, hingga ke Argentina Utara). Ia tumbuh subur di kawasan panas dan cerah, dan boleh menjadi separa malar hijau bergantung pada iklim setempat. Daunnya akan luruh sekiranya musim panas kering berpanjangan. Oleh kerana ia sesuai di pelbagai ekosistem tropika, taburannya tersebar di banyak negara termasuk Malaysia, India, Afrika Selatan dan Hawaii.
Kegunaan Dalam Landskap
Kenapa Pokok Ini Menjadi Pilihan?
- Mesra cuaca panas – sesuai ditanam di halaman rumah atau sepanjang jalan
- Tarikan rama-rama dan lebah – membantu ekosistem kecil sekitar rumah
- Tahan dipangkas – mudah dibentuk untuk lindungan atau pagar hijau
- Penjagaan yang mudah sesuai – untuk pekebun baru atau taman low-maintenance
- Berbunga lebat dan berulang – menjadikan taman lebih ceria dan berwarna
- Warna bunganya yang cerah - menarik perhatian dan memberi seri tanpa perlu hiasan tambahan.
✨ Sesuai sebagai:
- Focal point dalam taman mini
- Pokok hiasan tepi pagar atau laluan
- Tarikan rama-rama, lebah dan burung kolibri — mesra pendebunga
- Pilihan sesuai untuk taman keluarga, taman pendidikan atau taman sekolah jika ditanam dengan bijak:
- Tanam di bahagian yang tidak terlalu dekat dengan tempat main utama.
- Ingatkan anak-anak supaya tidak memetik atau memasukkan daun dan bunga ke dalam mulut (ini standard untuk semua jenis tumbuhan hiasan).
- Ajar mereka cuci tangan lepas main di luar.
- Elak tanam betul-betul atas laluan kaki sebab bunga gugur boleh jadi licin.
- Tecoma stans boleh menjadi medium pembelajaran dan stimulasi visual yang baik untuk anak-anak kerana ia warna bunganya yang menarik dan kehadiran haiwan dan serangga pendebunga.
Nak taman nampak ceria sepanjang tahun? Tecoma stans sememangnya pilihan tepat.
πΌTips Landskap
Nak padankan Tecoma stans dalam taman kecil? Cuba gabungkan dengan:
- Pokok berdaun hijau gelap seperti Murraya paniculata untuk kontras
- Letakkan tanaman herba rendah di dalam pot di sekeliling — menjadikan taman bukan sahaja cantik, malah berfungsi
Manfaat Perubatan & Kegunaan Tradisional
Di beberapa negara seperti Mexico, Pakistan, Filipina, dan di kawasan Caribbean, Tecoma stans bukan sekadar tanaman hiasan, malah digunakan sebagai penawar semula jadi:
π©Ί Rebusan daun atau batang digunakan untuk:
- Membantu mengawal paras gula dalam darah (sebagai rawatan alternatif untuk diabetes). Namun, kajian klinikal manusia masih sangat terhad dan penggunaannya lebih kepada sokongan tradisional, bukan rawatan perubatan utama.
- Bertindak sebagai diuretik (melancarkan pembuangan air kecil).
- Membersihkan usus secara lembut.
- Merawat bengkak dan bisul secara luaran (daun ditumbuk dan ditampal pada kawasan terjejas).
π©Ί Dalam perubatan tradisional Pakistan, daun Tecoma stans digunakan sebagai rawatan gigitan ular tedung. Pes daun disapu terus pada kawasan gigitan kerana fitokimia di dalamnya dikatakan mampu meneutralkan enzim berbisa — malah dalam kajian tradisional, keberkesanannya dianggap lebih tinggi daripada antiserum.
⚠️ Nota Penting: Walaupun terdapat rekod penggunaan tradisional, sebaiknya dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan tumbuhan ini, terutamanya untuk rawatan dalaman. Gunakan herba yang terbukti lebih selamat jika perlu.
Pewarna Semula Jadi
Bunga kuning terang Tecoma stans turut digunakan dalam budaya tertentu sebagai pewarna semula jadi untuk kain, terutama dalam kraf tradisional dan pewarnaan benang tenunan.
π Klik sini untuk ketahui cara mewarna fabrik menggunakan tumbuhan!
π‘ Kegunaan Luar Bandar
- Kayu Tecoma stans kadangkala digunakan dalam pembinaan asas ringan, pembuatan perabot sederhana, kanu, dan sebagai bahan kayu api atau arang.
- Dalam seni bina tradisional seperti bahareque, kayunya menjadi pilihan untuk struktur dinding dan rangka rumah desa.
Simbolik & Cerita Menarik
Tecoma stans sering ditanam di halaman rumah kerana dipercayai membawa aura positif dan semangat baru. Dalam pelbagai budaya rakyat, bunga kuning dikaitkan dengan keceriaan, kejayaan, dan tuah.
- Di Mexico, Tecoma stans dikenali sebagai "esperanza", yang bermaksud harapan baru.
- Dalam feng shui taman, warna kuning dikaitkan dengan unsur tanah — melambangkan kestabilan, keharmonian, dan kemakmuran.
Penjagaan & Pembiakan
Cara pembiakan:
- Keratan batang: Lebih mudah kerana ia cepat berakar
- Biji benih: Tabur terus atas tanah lembap dan jaga kelembapan
Pembelian anak pokok:
Penjagaan
- Cahaya: Suka matahari penuh
- Tanah: Bersaliran baik dan tidak menakung air
- Air: Bila tanah nampak kering atau 2–3 kali seminggu, bergantung pada cuaca
- Pemangkasan: Elok dibuat lepas berbunga untuk galak dahan baru
- Pembajaan: Gunakan baja bunga dua minggu sekali untuk hasil mekar maksimum
Potensi Invasif ⚠️
Tecoma stans merupakan sebahagian tumbuhan yang dikategorikan sebagai spesies ruderal dan berpotensi menjadi rumpai invasif di sesetengah negara, termasuk Afrika Selatan, Australia dan negara Asia, kerana ia mampu membiak dengan cepat, membentuk kelompok tebal yang hampir seragam dan menyingkirkan spesies tempatan.
Walaupun begitu, dalam landskap terkawal dan penggunaan domestik (seperti halaman rumah), risiko invasif boleh diminimumkan melalui pemangkasan berkala dan kawalan anak benih liar.
Nota : Spesies ruderal ialah tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat di kawasan yang terganggu atau rosak oleh aktiviti manusia atau bencana alam, seperti tepi jalan, tanah runtuh, kawasan pembinaan, tanah terbiar, atau kawasan yang dibakar.
π Klik sini untuk ketahui lebih lagi tentang tumbuhan invasif.
Tarikan Serangga & Isu Keselamatan ⚠️π
Sekalipun pokok ini sangat digemari lebah kerana bunga-bunganya yang terang dan mengandungi nektar, ia tidak sesuai ditanam dalam bentuk ladang untuk bekalan makanan lebah madu.
Tecoma stans tidak beracun secara langsung, namun madu yang dihasilkan daripada bunganya dilaporkan berpotensi beracun pada kadar tertentu atau boleh menyebabkan kesan alergi, menurut World Journal of Pharmaceutical Research (2014) dan sumber sekunder lain.
Elakkan memakan bunga ini atau memberi kepada anak kecil.

Kesimpulannya, Tecoma stans mungkin kurang sesuai untuk ditanam dalam skala besar, namun ia tetap menjadi pilihan ideal untuk menghiasi landskap rumah, laman kecil, atau sebagai tarikan warna yang ceria. Membawa simbolik harapan, semangat baru, dan keceriaan, pokok ini mudah dijaga dan menjimatkan kos. Dengan penjagaan yang betul, anda boleh menikmati keindahannya tanpa risau — malah membantu menceriakan suasana tanpa menggugat keseimbangan alam dengan potensi invasifnya.
π£ Nak tahu lebih banyak kisah pokok dengan nilai perubatan dan landskap?
Jangan lupa follow, like & share FB Page Laman Aifa Tiya πΏ
Ulasan